BISMILLAH

BISMILLAH

Monday, 26 November 2012

KORBAN AIDIL ADHA 2012

Aidil Adha pada tahun 2012 disambut begitu meriah oleh warga sekolah kerana untuk kesekian kalinya ibadah korban beramai-ramai diadakan setelah beberapa tahun tidak dianjurkan. 10 ekor lembu telah dikorbankan oleh beberapa guru dan ahli masyarakat yang turut hadir untuk sama-sama menghayati dan memperingati sejarah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. yang diperintahkan Allah untuk menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s.

Berikut ialah rakaman gambar sepanjang majlis korban tersebut.










Friday, 19 October 2012

KULIAH TAJWID DAN AL QURAN DR. AMMAR MUHAMMAD

KULIAH TAJWID DAN AL QURAN DR. AMMAR MUHAMMAD

Sebagai menyahut cadangan beberapa guru dan warga sekolah yang ingin mendalami ilmu Tilawah Al Quran dan Tajwid pihak penyelaras surau telah menjemput seorang Ustaz yang agak mahir dalam bidang ini dan juga merupakan penceramah tetap Ilmu Tajwid dan Al Quran di Radio Tawau.FM iaitu Dr. Ammar Muhammad.

Kuliah Al Quran beliau diadakan pada malam Jumaat selepas solat Maghrib dua kali sebulan. Kuliah ini disertai oleh guru-guru warga sekolah yang berminat dan juga murid-murid sekolah.


Berikut ialah gambar-gambar yang telah dirakamkan semasa kuliah.














Monday, 24 September 2012

AHLAN WASAHLAN

ASSALAMUALAIKUM WBT DAN SELAMAT DATANG.

Ahlan Wa Sahlan diucapkan kepada pengunjung blog kami. Ini adalah blog wadah online khusus untuk Surau Ar Raudhah SK Taman Tawau, Tawau Sabah. Blog ini akan memuatkan semua perkara berkenaan Surau Ar Raudhah yang merangkumi aktiviti semasa, program rutin, makluman, kuliah, misi, visi penubuhan, matlamat, objektif dan piagam pelanggannya. Blog ini akan dijadikan pusat untuk Surau Ar Raudhah menyampaikan mesejnya. Silalah para pengunjung menyumbangkan cadangan dan idea untuk penambahbaikan blog kami disamping bersama mengaktifkannya untuk pembangunan surau sekolah yang lebih mantap.

Guru-guru dan murid-murid SK Taman Tawau dipelawa untuk menyumbangkan bahan untuk disisipkan di blog ini. Wassalam. - Admin.