Sebelum bermulanya peperiksaan PMR untuk tahun 2013 ini satu majlis solat hajat dan bacaan surah Yaasin telah diadakan di surau ini oleh guru-guru dan pelajar sekolah menengah bersebelahan iaitu SMK Tawau II. Bacaan surah Yaasin dan solat hajat telah diketuai oleh Al Fadhil Ustaz Alias Sulong selaku guru Pendidikan Islam di sekolah tersebut. Sebelum upacara dimulakan, Ustaz Alias telah memberikan taklimat berkenaan tatacara solat yang akan dilakukan dan fadhilat surah Yaasin yang akan dibaca sebagai memohon kesejahteraan dari Allah untuk sekalian pelajar menduduki peperiksaan.