Diberitakan bahawa Rasulullah s.a.w. telah memanggil para sahabat ketika mana berlakunya gerhana bulan di zaman Baginda. Di masa itu Rasulullah telah menganjurkan para sahabat mendirikan solat sunat gerhana bulan dan diikuti dengan khutbah Baginda. Gerhana bulan adalah fenomena alam yang berlaku sebagai suatu tanda kebesaran Allah. Sebagai menghidupkan sunnah Rasulullah, surau telah menganjurkan solat sunat Khusuful Qamar pada malam kejadian tersebut. Majlis telah dihadiri oleh ramai jemaah termasuk puan guru besar dan telah diserikan dengan jamuan ringkas.
BISMILLAH

Sunday, 12 October 2014
Tuesday, 7 October 2014
SAMBUTAN AIDIL ADHA DAN KORBAN
Pada tahun ini surau telah menganjurkan Solat Sunat Aidil Adha khas untuk warga sekolah. Tahun ini juga aktiviti korban diteruskan walaupun tidak serancak tahun lepas. Tahun lepas mencatatkan 10 ekor lembu berjaya dikorbankan. Jumlah terbanyak setakat ini. Tahun ini walau hanya 4 ekor sapi tetapi suasana tetap meriah dengan warga sekolah bersama-sama menikmati daging korban hasil masakan Puan Nona. Salah seorang petugas AKS sekolah.
Monday, 15 September 2014
GOTONG ROYONG PERDANA GURU-GURU
Sabtu 13 Deptember 2014. Warga SKTT telah turun beramai-ramai untuk sama-sama bergotong royong membersih, menghias dan mencantikkan surau. Program ini adalah rutin dalam kalendar aktiviti surau. Ini adalah kerana surau sekolah bukan hanya tertumpu kepada aktiviti keagamaam sahaja bahkan mempunyai fungsi lebih luas sebagai pusat aktiviti murid. Lokasi kelas bimbingan UPSR, lokasi untuk berbagai program UBK dan sebagai venue yang sering dituju oleh badan-badan kegiatan luar untuk menganjurkan program mereka.
Sunday, 3 August 2014
PROGRAM IHYA' RAMADHAN
Program Ihya' Ramadhan tahun ini berjalan lancar sebagaimana sebelumnya. Bermula 1 Ramadhan surau kita padat dengan pengisian siang dan malam. Pada siangnya diadakan Tadarrus Al Quran murid tahun 5 dan 6 dan malamnya solat Tarawih dan Tadarrus Al Quran guru-guru dan staf. Jamuan diadakan setiap malam dengan sumbangan warga SKTT mengikut jadual giliran yang telah diatur.
Saturday, 5 July 2014
LAWATAN YB SYED ABBAS SYED ALI SEMPENA MAJLIS SINAR AIDIL FITRI
Setelah dijemput sebagai perasmi untuk Majlis Sinar Aidil Fitri SK Taman Tawau, Adun Kalabakan YB Syed Abbas Syed Ali tidak melepaskan peluang untuk melawat dan meninjau Surau Ar Raudhah. Belaiu agak kagum dengan lanskap dan prasarana surau dan berhasrat untuk meneruskan usahanya menyalurkan sumbangan untuk Surau Ar Raudhah. Kepada Yang Berhormat, kami mengucapkan jutaan terima kasih yang tak terhingga. Semoga usaha dan niat murni Yang Berhormat diberkati Allah.
Sunday, 1 June 2014
CERAMAH ISRA' MIKRAJ OLEH USTAZ SHAFIE DARI SMK KINABUTAN
Bersempena dengan sambutan Isra' Mikraj kali ini, surau telah menganjurkan ceramah Intipati Peristiwa Isra' dan Mikraj Rasulullah Dalam Konteks Umat Akhir Zaman. Ceramah beliau telah mengupas berbagai pengajaran dari peristiwa tersebut. Terima kasih kepada ahli jamaah yang telah menghadirkan diri dan teruskan memakmurkan surau kita sebagai platform ilmu dan amal.
Thursday, 15 May 2014
PROGRAM QAIMULLAIL UPSR
Kini program pecutan UPSR telah bermula. Surau Ar Raudhah akan menjadi lokasi utama untuk slot kuliah Maghrib dan Qiamullail.
Monday, 5 May 2014
PEMANTAUAN SURAU PERINGKAT NEGERI
Hari ini Surau Ar Raudhah telah dipantau oleh beberapa pegawai dari JPN. Untuk kali yang ke seterusnya surau kita akan sekali lagi dicalonkan untuk Anugerah Imarah Surau Kementerian Pendidikan Malaysia.
Wednesday, 5 March 2014
MAJLIS KHATAM AL QURAN PERSATUAN PAWANIS
Minggu ini surau kita akan menerima tetamu dari persatuan Pawanis yang akan mengadakan Majlis Khatam Al Quran. Kepada para jemputan diminta tidak menguzurkan diri insya Allah.
Wednesday, 26 February 2014
USRAH TARBIYYAH
Mulai sekarang surau kita akan mengadakan program Usrah Tarbiyyah setiap pagi Ahad. Antara slot yang akan diadakan ialah munaqasyah kitab Hidayatus Salikin Imam Al Ghazali dan syarah Hayatus Sahabah. Bersama-sama kita ramaikan.
Saturday, 22 February 2014
KELAS TARANNUM USTAZ AZAMUDDIN.
Bagi warga SKTT yang berminat dengan bacaan tarannum Al Quran bolehlah menyertai kelas tarannum intensif bersama Ustaz Azamuddin yang diadakan pada malam Jumaat mengikut giliran bersama Ustaz Ishak. Ayuh sama-sama kita perelokkan bacaan Al Quran.
Subscribe to:
Posts (Atom)