Sebelum bermulanya peperiksaan PMR untuk tahun 2013 ini satu majlis solat hajat dan bacaan surah Yaasin telah diadakan di surau ini oleh guru-guru dan pelajar sekolah menengah bersebelahan iaitu SMK Tawau II. Bacaan surah Yaasin dan solat hajat telah diketuai oleh Al Fadhil Ustaz Alias Sulong selaku guru Pendidikan Islam di sekolah tersebut. Sebelum upacara dimulakan, Ustaz Alias telah memberikan taklimat berkenaan tatacara solat yang akan dilakukan dan fadhilat surah Yaasin yang akan dibaca sebagai memohon kesejahteraan dari Allah untuk sekalian pelajar menduduki peperiksaan.
BISMILLAH

Tuesday, 1 October 2013
Monday, 30 September 2013
SOLAT HAJAT DAN BACAAN SURAH YAASIN UPSR
Setiap pagi Jumaat murid-murid Tahun 6 akan dikumpulkan di surau untuk menunaikan solat hajat dan membaca surah Yaasin sebelum mereka memulakan P&P. Ini menjadi amalan rutin bagi murid Tahun 6 sekolah ini selain dari solat dhuha berjemaah yang diadakan secara berkala. Solat hajat dan bacaan Yaasin menjadi amalan rutin mingguan untuk calon UPSR tahun ini.
AKTIVITI RAMADHAN
Bulan Ramadhan tahun ini diserikan dengan program Ihya Ramadhan oleh warga SK Taman Tawau dengan mengimarahkan surau Ar Raudhah. Antara aktiviti dan program yang dijalankan ialah Tazkirah Ramadhan pada setiap pagi sebelum bermulanya P&P. Sebelum itu nasyid-nasyid Ramadhan dan bacaan ayat-ayat suci Al Quran dikumandangkan melalui sistem PA sekolah yang ditempatkan khusus di surau. Pada waktu rehat murid-murid tahun 4, 5 dan 6 akan bertadarrus di surau mengikut jadual dan giliran kelas masing-masing. Pada malamnya pula warga SK Taman Tawau termasuk guru, murid dan ibu bapa murid akan bertarawih di surau ini dan Qiamullail sering diadakan melibatkan guru-guru yang hadir.
Monday, 13 May 2013
ANUGERAH RAKAN SURAU
Sebagai menghargai murid-nurid yang sentiasa mengikuti program surau dan sentiasa menggunakan surau sebagai tempat untuk belajar dan beribadat, pihak surau telah memilih beberapa murid dengan kekerapan kehadiran tinggi untuk diberikan anugerah Rakan Surau. 8 orang murid telah dipilih untuk menerima anugerah ini dan upacara penyampaiannya telah disempurnakan dalam satu perhimpunan mingguan oleh uan Guru Besar.
Saturday, 27 April 2013
AKTIVITI KELAB DAN PERSATUAN.
Surau Ar Raudhah SK Taman Tawau sememangnya aktif digunakan dalam setiap aktiviti yang bukan hanya membabitkan Panitia Agama Islam atau J-Qaf. Tetapi ia juga menjadi lokasi untuk unit lain. Ketika sambutan Maulidur Rasul yang lalu satu pertandingan sepanduk telah dianjurkan yang membabitkan semua kelab dan persatuan. Motif utama pertandingan ialah untuk melibatkan murid supaya boleh melatih kreativiti mereka dengan cara bekerjasama melakar sepanduk. Semua aktiviti dipantau dan diberi tunjuk ajar oleh guru.
Wednesday, 27 March 2013
AMALI SOLAT MURID TAHAP 1
Surau Ar Raudhah SK Taman Tawau adalah lokasi utama untuk salah satu program penting J-Qaf iaitu Amali Solat. Program ini membabitkan murid Tahap 1 iaitu murid Tahun 1, 2 dan 3. Program ini dikendalikan oleh guru-guru J-Qaf yang bertugas mengikut giliran. Setakat ini program ini telah banyak membantu murid-murid yang lemah dalam aspek solat untuk menguasai rukun perbuatan dan bacaan.
Sunday, 27 January 2013
KELAS TASMIK PROGRAM J-QAF
Surau Ar Raudhah adalah lokasi utama program Tasmik Al Quran J-Qaf. Kelas Tasmik diadakan setiap hari kecuali Jumaat. Bagi sesi pagi kelas akan diadakan selepas waktu tamat persekolahan iaitu pukul 12.50 hingga pukul 1.50. Bagi sesi petang kelas akan diadakan pada pukul 11.50 hingga 12.50. Berikut disertakan jadual Kelas Tasmik untuk sesi pagi.
gambar sekitar program tasmik
Subscribe to:
Posts (Atom)