Bulan Ramadhan tahun ini diserikan dengan program Ihya Ramadhan oleh warga SK Taman Tawau dengan mengimarahkan surau Ar Raudhah. Antara aktiviti dan program yang dijalankan ialah Tazkirah Ramadhan pada setiap pagi sebelum bermulanya P&P. Sebelum itu nasyid-nasyid Ramadhan dan bacaan ayat-ayat suci Al Quran dikumandangkan melalui sistem PA sekolah yang ditempatkan khusus di surau. Pada waktu rehat murid-murid tahun 4, 5 dan 6 akan bertadarrus di surau mengikut jadual dan giliran kelas masing-masing. Pada malamnya pula warga SK Taman Tawau termasuk guru, murid dan ibu bapa murid akan bertarawih di surau ini dan Qiamullail sering diadakan melibatkan guru-guru yang hadir.
No comments:
Post a Comment