Sabtu 11 Julai 2015. Sebagaimana yang dirancang ahli jemaah surau yang terdiri dari guru-guru dan murid berjaya khatam Al Quran 2 kali pada Ramadhan tahun ini. Majlis malam ini sebagai meraikan mereka yang sering hadir dalam sesi tadarrus setiap kali selepas solat sunat Tarawih. Istimewa malam ini majlis diserikan dengan kehadiran Ustaz Khairun Nizam Jajuli, Ketua Unit Pendidikan Islam PPD Tawau.
BISMILLAH

Saturday, 11 July 2015
Saturday, 4 July 2015
MAJLIS KHATAM AL QURAN DAN PROGRAM IHYA' RAMADHAN
Pada 2 Julai 2015, Khamis bersamaan 16 Ramadhan telah diadakan satu majlis Khatam al Quran oleh ahli jemaah surau yang terdiri dari guru-guru. Ini bersempena selesainya 30 juzuk al Quran yang dibaca dalam sesi tadarrus setiap hari selepas solat sunat tarawih. Rancangan tahun ini jemaah akan bertadarrus untuk 2 kali khatam. Setiap kali Ramadhan surau ar Raudhah tidak ketinggalan untuk menganjurkan program Ihya' Ramadhan yang merangkumi aktiviti seperti solat sunat Tarawih, moreh malam, tadarrus al Quran, majlis Iftar dan Qiamullail.
Wednesday, 1 July 2015
PEMANTAUAN OLEH JPN SABAH
Pada Rabu 1 Julai 2015 surau telah dipantau oleh pegawai dari JPN Sabah yang akan membuat penilaian untuk pemarkahan pertandingan Imarah Surau peringkat kebangsaan. Rombongan terdiri daripada 3 orang pegawai iaitu Ustaz Razali, Ustaz Azhari dan Ustaz Khairun Nizam Jajuli dari PPD Tawau. Mereka telah disambut oleh semua AJK surau sekolah diketuai guru besar dan diberikan kerjasama sepenuhnya untuk pemantauan.
Subscribe to:
Posts (Atom)