Pada 2 Julai 2015, Khamis bersamaan 16 Ramadhan telah diadakan satu majlis Khatam al Quran oleh ahli jemaah surau yang terdiri dari guru-guru. Ini bersempena selesainya 30 juzuk al Quran yang dibaca dalam sesi tadarrus setiap hari selepas solat sunat tarawih. Rancangan tahun ini jemaah akan bertadarrus untuk 2 kali khatam. Setiap kali Ramadhan surau ar Raudhah tidak ketinggalan untuk menganjurkan program Ihya' Ramadhan yang merangkumi aktiviti seperti solat sunat Tarawih, moreh malam, tadarrus al Quran, majlis Iftar dan Qiamullail.
No comments:
Post a Comment